Sunday, January 25, 2009
Macam-macam Watak
Watak
Watak ialah manusia atau pelaku yang dicipta oleh pengarang untuk mendukung tema dan persoalan serta mengembangkan tema sehingga mencapai matlamat pengarang.
Namun begitu, tidak semestinya watak-watak terdiri dari pada manusia seja. Adakalanya,ditampilkan binatang tumbuh-tumbuhan, makhluk asing dan obyek tertentu.
Perwatakan ialah sifat-sifat fisikan dan mental,tabiat,perilaku,sifat kepribadian seperti bercita-cita tinggi,benci dan sebagainya.
Sifat Perwatakan
Biasanya dapat digambarkan oleh pengarang melalui tindakkannya, cara berfikir, bercakap, rupa, penampilan dan gambaran perasaan watak tersebut.
Watak Bulat
Merupakan watak yang mengalami perkembangan sepenuhnya selari dengan perkembangan cerita dan biasanya dapat mengejutkan pembaca.
Watak Pipih (watak sampingan)
Merupakan watak yang tidak mengalami perkembangan sepenuhnya dari awal hinga akhir cerita.
Watak Utama
Merupakan watak yang berperanan paling penting.
Watak sampingan
Merupakan watak yang berperanan kurang penting (kurang diberi perhatian dan tumpuan dalam cerita) tetapi kehadirannya diperlukan untuk menonjolkan peranan watak utama.
Watak Sampingan juga berperanan sebagai pelengkap yang berupaya memberi gambaran yang jelas tentang watak utama
Watak Protagonis
Ialah watak utama dalam sesebuah cereka.
Contohnya: atak seorang dictator, ahli politik dan sebagainya.
Watak Antagonis
Ialah merupakan watak yang lazimnya berperanan sebagai penentang atau lawan kepada Watak Protagonis.
Pengarang dapat memberi keyakinan kepada pembaca melalui watak-watak ini melalui penampilan mereka dalam cerekanya.
Contohnya: Pengarang mengambarkan watak-wataknta secara langsung atau tidak langsung.
Misalannya Pengarang turut berperanan menceritakan tentang watak dengan menyatakan hal yang ada berkaitan dengan watak itu secara langsung.
Pelukis Watak
Pelukis Watak ini lebih sesuai untuk melukiskan watak Pipih.
Pelukis Watak secara tidak langsung ialah apabila pengarang melikiskan watak melalui fikiran atau perlakunya secara tidak sekali gus.
Cara ini lebih menarik kerana dapat membantu daya imaganasi pembaca dan sesuai untuk Pelukis Watak Bulat.
Watak Dan Perwatakan
Memainkan peranan yang penting, untuk mengembangkan tema dan persoalan dan mengubah suasana latar di mana watak itu berada.
Watak Dan Perwatakan berfungsi sebagai penyalur fikiran, dan pandangan hidup pengarang melalui unsur-unsur bahasa seperti dialog, monolog dan monolog dalaman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment